ATLANTA – Kakitangan sebuah sekolah di Georgia dipecat selepas dia menggambarkan Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama, sebagai gorila menerusi Facebook.
Sekolah Mukim Forsyth, dalam satu kenyataan berkata bahawa Jane Wood Allen dipecat pada Isnin.
Mengikut kenyataan itu, pihak sekolah tidak bertolak ansur terhadap unsur perkauman dan diskriminasi.
Jurucakap daerah itu, Jennifer Caracciolo, mengesahkan pada Isnin keputusan memecat Allen dibuat selepas pegawai menyedari kenyataan jelik melalui Facebook itu.
Media tempatan mula melaporkan mengenai kenyataan itu pada minggu lalu.
Facebook Allen juga sudah tidak aktif sejak Isnin. – AP/BH ONLINE