Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Israel Bedil Semenanjung Gaza

BAITULMAQDIS - Tentera Israel membedil Semenanjung Gaza menggunakan kereta perisai dan pesawat. Serangan itu...

Azizulhasni Raja Pecut Asia,...

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang membuktikan beliau berada...

SVS Pecah, Tempoh Pemulihan...

KUALA LUMPUR - Tempoh pemulihan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di...

Manifesto Malaysia Sejahtera Tiada...

KUALA LUMPUR - Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang diterajui PAS, akan melancarkan manifesto...

Pelajar Maut Motosikal Dirempuh Pacuan Empat Roda

KUANTAN – Seorang pelajar tingkatan tiga maut apabila motosikal dinaikinya bersama-sama dua yang lain dirempuh pacuan empat roda di Km9, Jalan Kuala Pahang-Tanjung Selangor, berhampiran simpang Kampung Serandu, Pekan, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata dalam kejadian 4.30 petang semalam, Ahmad Syawal Wahab, 15, yang tidak memakai topi keledar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya adik pelajar itu, Muhammad Alias, 6, cedera parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini manakala penunggang motosikal itu Muhamad Usman, 19, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pekan.

Ketiga-tiga mereka tidak memakai topi keledar dan Muhamad juga tidak mempunyai lesen, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Katanya pemandu pacuan empat roda Jali Ismail, 59, dari Taman Teratai, Kuala Pahang bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Pekan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori