Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Hanya Tinggal Tiga Badak...

PETALING JAYA - Badak sumbu Sumatera semakin diancam kepupusan apabila jumlah haiwan itu...

PAS Umum Menang 43...

KOTA BHARU : PAS mengesahkan menang di 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Kerja Korek Tanah Punca...

KUALA LUMPUR - Kerja korek tanah di tapak pembinaan terletak di belakang deretan...

Pelancong China Buat Hal...

KISAH pelancong China mencetuskan onar di negara yang dikunjungi bukanlah perkara baharu yang...

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang

TINDAKAN sekumpulan pelancong dari China yang bergambar dengan terumbu karang mendapat kritikan netizen kerana dianggap merosakkan ekosistem marin yang unik itu.

Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook Chris Ong, dia meluahkan kekecewaannya apabila melihat reaksi pelancong berkenaan yang dilihat begitu ‘gembira’ tanpa menyedari perbuatan mereka telah menjejaskan ekosistem laut.

Walau bagaimanapun, lokasi pantai yang dilawati pelancong itu tidak dinyatakan dalam posting tersebut.

“Apa yang mereka fikirkan pada masa ini? Apa yang dimaksudkan dengan ‘anda seharusnya berada di sini?’ Memalukan! 😡😡😡😡😡😡, “ katanya.

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang

Pelancong berkenaan yang berpakaian renang dilihat bergambar sambil memegang beberapa jenis spesis terumbu karang yang dikhutiri semakin pupus seperti kima gergasi, kuda dan naga laut.

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang


Rata-rata netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap para pelancong itu melontarkan pebagai kecaman sehingga ada yang turut menyalahkan agensi pelancongan yang membawa mereka.

“Ini menunjukkan anda tidak mempunyai otak atau mereka sememangnya tidak mengetahui perihal kehidupan laut, terumbu karang memerlukan sekurang-kurangnya 15 hari untuk membesar sebanyak 2 ke 3mm,” tulis Ridzuan Saidi

“Amat sedih melihatkan kumpulan manusia ini sewenang-weangnya merosakkan ekosistem terumbu karang negara kita, tolonglah beri mereka ‘pengajaran’ untuk menghormati hidupan laut,” kata Laila bok.

“Siapa mereka ini? Agensi pelancongan mana yang menaja percutian mereka di sini?” Soal Hairulnizam.

Bagaimanapun, tampil seorang individu mendakwa tindakan tidak bermoral itu disebabkan sikap pelancong, dan tiada kaitan dengan agensi pelancongan.

coral7.2

“Ia tiada kaitan dengan agensi dan saya merupakan seorang ahli skuba untuk kelab yang disertai mereka. Masalahnya di sini ialah disebabkan sikap mereka.

“Mereka merupakan pelancong dari China yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ekosistem kehidupan laut terutamanya terumbu karang. Perkara ini adalah masalah pelancong bukannya kami (syarikat),” katanya.

Hasil daripada perkongsian maklumat daripadanya juga, dia mengatakan agen yang dipercayai bertanggungjawab mengurus para pelancong berkenaan merupakan seorang individu yang berasal dari Semporna dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikatnya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori