Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Pegawai Kanan MAHB Bebas...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang direman sejak...

Majikan Kepada 171 Pekerja...

Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor...

Polis Perak Tembak Mati...

IPOH - Polis Perak menembak mati seorang lelaki yang juga penjenayah paling dikehendaki...

Silap Alamat, Penumpang Uber...

SEORANG lelaki yang menempah perkhidmatan Uber dengan caj ÂŁ20 (RM110.38) dari Brixton ke...

Pemandu Ikut Rapat Sondol Ambulans APM

KUALA LUMPUR – Hasrat empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mahu membantu mangsa kemalangan jalan raya bertukar tragedi apabila ambulans dinaiki mereka dirempuh kenderaan lain.

Dalam kejadian jam 7.30 malam semalam, empat petugas APM itu dalam perjalanan ke Jalan Kuching selepas menerima panggilan kecemasan.

Pegawai Pasukan APM Kuala Lumpur, Ruslan Lokk berkata, pemandu kenderaan Toyota Vellfire bagaimanapun mengambil kesempatan mengekori rapat ambulans APM.

Menurutnya, kenderaan itu dipercayai cuba melepasi kesesakan lalu lintas dengan mengikut rapat ambulans APM yang ketika itu memasang lampu mata arah.

“Akibat kedudukannya yang terlalu dekat, pemandu kenderaan itu tidak sempat menekan brek dan merempuh belakang ambulans APM.


“Rempuhan itu mengakibatkan anggota APM yang berada di dalam ambulans terpelanting dan mengalami kecederaan,” katanya.

Dia berkata, sepasukan anggota APM dikerahkan bagi membantu mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Anggota APM yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori