Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lee Chong Wei, Goh...

KUALA LUMPUR - Perseorangan badminton utama negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu...

Kes Buli Pelajar Menurun...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata terdapat penurunan kes...

Umat Islam Hilang Kuota...

ALOR SETAR - Umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 orang untuk menunaikan...

600 Pemandu Teksi Semangat...

KUALA LUMPUR - Enam ratus pemandu teksi daripada Persatuan Pemandu Teksi Makkal Communication...

Pemansuhan Subsidi Minyak Masak Bukan Keseluruhan Negatif

KUCHING – Pemansuhan subsidi minyak masak bermula bulan depan tidak seharusnya dilihat secara keseluruhannya negatif.

Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Sim Khui Hian dan chef selebriti terkenal Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan, kedua-duanya bersetuju langkah kerajaan itu secara umumnya baik untuk kesihatan.

Kedua-dua mereka ditemui pemberita selepas menyaksikan usaha pusat membeli-belah Plaza Merdeka di sini, bagi menghasilkan mangkuk terbesar Laksa Sarawak untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Dr Sim, antara pakar kardiologi terkemuka di negeri ini sebelum menceburi politik, berkata ini akan memberi masyarakat peluang untuk “membeli-belah, memasak dan makan secara sihat”.

Beliau juga mencadangkan kepada orang ramai agar menggunakan kaedah alternatif dalam memasak seperti mengukus, membakar atau memanggang yang boleh mengurangkan penggunaan minyak.

Mengenai Laksa Sarawak, beliau berkata lebih banyak makanan tempatan juga boleh dipromosi di luar negeri berkenaan, dan ia boleh dilakukan jika tukang masak terbabit cukup inovatif.

Sementara itu, Chef Wan berkata masyarakat perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, sebaliknya memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, selain sentiasa melakukan senaman.


Berhubung Laksa Sarawak, beliau berkata ia adalah makanan kegemarannya dan antara hidangan yang akan dipromosi dalam demonstrasi masakannya di luar negara.

Timbalan Pengurus Besar Malaysia Book of Records Mohd Alex Edward Abdullah, kemudian mengesahkan usaha yang dilakukan Plaza Merdeka itu adalah berjaya.

Lima belas tukang masak mengambil masa 18 jam bagi menyediakan 100 kilogram (kg) pes Laksa Sarawak, 225kg bihun atau mihun, 90kg udang sungai, 1,008 telur, 90kg taugeh dan 80kg daging ayam cincang untuk diisi dalam mangkuk gergasi bersaiz 3.2 meter x 1.3 meter.

Ia memuatkan 1,200 liter atau menyamai kapasiti 1,500 mangkuk biasa Laksa Sarawak.ƂĀ – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori