Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KPN Terharu Ramai Bantu...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengucapkan penghargaan...

Keadaan Jerebu Terus Merosot...

SINGAPURA - Keadaan jerebu di republik ini merosot sejak kira-kira pukul 9 malam...

Teks Perjanjian TPPA Pelihara...

KUALA LUMPUR - Teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh kerajaan Malaysia memelihara...

Richard Morais Akan Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Datuk Richard Dillan Morais, adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk...

Pembangkang Diambang Kejatuhan Di Sabah

KOTA KINABALU – Pakatan Pembangkang berada diambang kejatuhannya di Sabah berikutan tindakan beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PKR dan DAP mengistiharkan keluar parti hari ini, kata Barisan Nasional (BN) Sabah.

Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan keluar beramai-ramai itu seolah-olah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pembangkang mengatakan “PKR dan DAP adalah parti tidak berguna.”

“Tetapi bukankah sebelum ini mereka menyanjung PKR dan DAP sebagai penyelamat rakyat Sabah?,” katanya dalam kenyataan yang dipos melalui twitternya @mpkotabelud di sini.

Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin (ADUN Klias), ADUN Moyog, Terence Siambun (PKR) dan ADUN Likas, Junz Wong (DAP) keluar dari parti masing-masing.


Turut meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh serta Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori