Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dynas Mokhtar Akui Dah...

AKHIRNYA teka-teki mengenai status sebenar perkahwinan aktres cantik, Dynas Mokhtar terjawab selepas empunya...

Malaysia Di Landasan Tepat...

KUALA LUMPUR - Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari...

Setengah Juta Penduduk India...

GUWAHATI: Lebih 500,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing di Assam, timur laut India untuk...

Rakyat Keliru Kaedah Baharu...

KUALA TERENGGANU - Rakyat tidak memahami sepenuhnya kaedah baharu pengiraan hutang negara yang...

Pembuli Gantung Sekolah Setahun Perlu Perbincangan

KUALA LUMPUR – Cadangan menggantung persekolahan selama setahun terhadap pembuli memerlukan perbincangan mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata pihak berkaitan termasuk wakil kanak-kanak, ibu bapa dan badan bukan kerajaan perlu duduk berbincang mengenai cadangan itu bagi mencari penyelesaian terbaik.

Beliau berkata tindakan menggantung persekolahan pelajar selama setahun tidak semestinya akan memperbaiki keadaan dan mungkin terdapat kaedah lain bagi menyelesaikan masalah buli di sekolah secara keseluruhan.

“Tindakan memang perlu diambil kerana kita tidak boleh membenarkan anak-anak kita di Malaysia ini menjadi pembuli, namun perbincangan secara serius perlu dibuat supaya tindakan dan situasi menang-menang dapat dicapai,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Katanya sebarang tindakan juga perlu berlandaskan undang-undang mengikut Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.


Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementeriannya bercadang agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun sebagai pengajaran kepada pelajar.

Mahdzir berkata selama tempoh penggantungan, pelajar akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori