Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Malaysia Hanya Layak Digelar...

SHAH ALAM - Seorang ahli ekonomi mempersoalkan penggunaan gelaran “Harimau Asia” bagi menggambarkan...

Pelajar Harus Sentiasa Bermotivasi...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan semua...

‘Tweet’ Hina Sultan Selangor...

KUALA LUMPUR- Mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui status Twitter,...

Seorang Maut, Dua Parah,...

JASIN - Seorang maut manakala lapan termasuk empat kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan...

Peminat Taja Amar, Amyra Rosli Kahwin Di Singapura

PEJAM celik, pejam celik… kurang lebih dua minggu pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli akan diijabkabulkan.

Pastinya debaran semakin memuncak buat darah manis ini yang tidak sabar untuk disatukan dalam ikatan yang sah.

Seperti pasangan selebrti yang lain, Amar dan Amyra turut menerima pelbagai tajaan untuk majlis hari bahagia mereka.

Namun, apa yang mengejutkan kami, pasangan ini turut mendapat tajaan majlis persandingan di Singapura.

Peminat Taja Amar, Amyra Rosli Kahwin Di Singapura

Menurut ibu Amyra yang mesra dipanggil Kak Noor, tajaan itu datang dari peminat mereka di negara itu.

“Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar.  Sekarang sibuk nak edar kad perkahwinan. Dan alhamdulilah juga, ramai yang nak taja itu ini untuk majlis ini. Kak Noor anggap rezeki merekalah tu. 

“Tapi sebenarnya kami buat yang sederhana sahaja.  Yang penting, berjalan lancar dan dapat memuaskan hati semua tetamu yang hadir nanti.  

“Nak puaskan hati semua pihak, kita cuba yang terbaik.  Jadi sebab itulah, ada pula peminat dari Singapura yang nak buatkan majlis sanding Amar – Amyra di sana.


“InsyaAllah, sebab peminat dari Singapura pun ramai yang beri sokongan pada Amar – Amyra. Nak ajak mereka datang ke majlis di KL, takut tak cukup tempat.

“Jadi ada pihak yang nak buatkan di sana terus. InsyaAllah, kita cubalah memudahkan semua orang,” katanya kepada Media Hiburan.

Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan  pada 11 November depan. Manakala, majlis resepsi bagi pengantin perempuan akan diadakan 19 November.

Amar pula dijangka mengadakan resepi pada 19 November.

Tarikh majlis di Singapura akan dimaklumkan kemudian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori