Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Malbatt 850-9 Disertai Anggota...

PETALING JAYA - Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-9 (Malbatt 850-9) buat kali...

Pengharaman Vape Perlu Diiringi...

ALOR SETAR - Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha...

Pasangan Jerman Jelajah Dunia...

GEORGETOWN - Jika dilihat daripada luar, ia kelihatan seperti sebuah van biasa yang...

RELA Komited Beri Kerjasama...

TAWAU - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone)...

Pemuda Ditahan Kerana Miliki Senapang Angin

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan selepas polis menemukan selaras senapang angin buatan sendiri di sebuah rumah di Taman Wawasan, Mersing, kira-kira 128km dari sini, tengah malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Cyril Edward Nuing berkata polis turut merampas 70 bebola besi yang dipercayai digunakan sebagai peluru dan sebilah kerambit di rumah berkenaan.

Katanya, rampasan itu dibuat selepas anggota Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing menyerbu rumah berkenaan pada pukul 12.15 tengah malam untuk memeriksa seorang suspek yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

“Senapang angin itu dijumpai di bilik rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Katanya, suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori