Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

3 Warga Malaysia Ditahan...

Kota Kinabalu : Seramai 11 individu termasuk tiga warganegara Malaysia yang ditahan selepas...

Bot Nelayan Vietnam Jadi...

Pelupusan bot itu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas ia dilucut hak...

Bekalan Kelapa Mencukupi Sempena...

IPOH - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjangkakan bekalan kelapa di seluruh...

Penyerang Mabuk Guna Parang...

TINDAKAN seorang lelaki yang mabuk cuba menyerang sebuah keluarga memakan diri apabila dia...

Pemuda Maut Tersepit, 2 Cedera Kemalangan Di KLIA

SEPANG – Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan termasuk sebuah lori di Jalan Pekeliling 4, menghala ke Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 2 petang itu, Shafik Shazwan Ramli, 32, berasal dari Shah Alam, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam Perodua Myvi yang dipandunya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA ketika dihubungi Bernama berkata kereta yang dipandu mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah lori seberat 1.5 tan sehingga menyebabkan kereta mangsa merempuh sebuah lagi kereta Perodua Axia.

“Pihak kami mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit untuk memotong bahagian depan MyVi bagi mengeluarkan mayat yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Katanya, pemandu dan penumpang Axia hanya cedera ringan manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori