Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bekalan Vaksin COVID-19 Lebih...

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka akan mula menerima bekalan vaksin dengan lebih stabil...

24,290 Rumah Berdaftar Bebas...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24,290 rumah telah didaftarkan sebagai Rumah Bebas Tanpa Amalan...

Maritim Malaysia Lahirkan Komitmen...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim Datuk...

FAMA Import 2 Juta...

KUANTAN - FAMA akan mengimport dua juta biji kelapa dari Indonesia bagi menampung...

Pemuda MIC Gesa Tarikh Undian PR1MA Ditukar

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC menggesa Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menukar tarikh undian bagi unit rumah PR1MA di Hotel Grand Kampar, Perak yang sebelum ini ditetapkan pada sambutan Hari Deepavali, 29 Oktober.

Ketuanya C. Sivarraajh dalam kenyataan di sini, hari ini berkata beliau terkejut dengan sikap tidak sensitif lembaga perumahan PR1MA untuk mengadakan undian pada hari penganut Hindu merayakan ‘Pesta Cahaya’.

Beliau berharap undian itu diadakan pada hari lain yang penganut Hindu ada masa untuk mengambil bahagian dalam undian unit perumahan PR1MA itu.

“Banyak penganut Hindu yang berasa amat gembira terpilih untuk rumah itu namun kemudiannya berasa kecewa apabila mereka menyedari tarikh ditetapkan untuk undian, jatuh pada hari Deepavali, hari cuti umum.


“Kami (MIC) mahu tarikh itu ditukar dengan kadar segera,” katanya.

Sivarraajh berkata sukar bagi penganut Hindu untuk menghadiri sesi undian itu kerana pada masa sama mereka perlu menjalani upacara agama pada hari kebesaran mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori