Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Punca 3 Beranak Lemas...

KANGAR - Bedah siasat yang dibuat oleh tiga pakar forensik terhadap tiga mayat...

Remaja Maut Selepas Dipaksa...

SEORANG remaja berusia 13 tahun meninggal dunia selepas dipaksa berpuasa selama 64 hari di...

Banjir: Jumlah Mangsa Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Perak, Kelantan dan Selangor semakin baik...

PRASARANA Pandang Serius Dakwaan...

KUALA LUMPUR : Syarikat pengoperasi pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) memandang serius...

Penagih Dadah Bunuh Ibu Kandung Di Ampang

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah mengamuk dan membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di kediaman mereka di Kondominium Jade, Bukit Indah, Ampang di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, suspek, 23, telah membunuh ibunya yang berusia 49 tahun.

Hamzah berkata selepas suspek membunuh ibunya, dia pergi ke Balai Polis Komuniti Bukit Indah, terletak kira-kira satu kilometer dari kondominium itu, sambil memegang parang yang digunakan untuk menetak ibunya.

“Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, tiba di balai berkenaan dipercayai untuk menyerah diri namun dia yang berada dalam keadaan tidak terkawal telah bergelut dengan anggota polis.


“Namun polis berjaya mengawal suspek dan pada masa itu polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden bunuh berkenaan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Hamzah berkata hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek yang merupakan seorang penganggur mendapati suspek positif ganja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori