Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerjasama PAS, Ikatan Tidak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengulangi pendirian bahawa pembentukan blok baharu...

“Gembira, Lega Dan Bersyukur”

GEORGETOWN - Gembira, lega dan bersyukur. Itu luahan penuntut-penuntut institut pengajian tinggi (IPT)...

Mengaku Ambil Dadah, Mamat...

BEKAS vokalis kumpulan Exist, Mamat berhadapan dengan hukuman penjara selama lapan bulan selepas...

Kes Bunuh Farah Kartini:...

Kuala Lumpur : Polis selesai mengambil keterangan beberapa pekerja sebuah kebun ubi di...

Penagih Dikhuatiri Makan Abu Mayat Ibu

BROCKTON (Amerika Syarikat) – Seorang wanita yang abu mayat ibunya dicuri dari keretanya bimbang seorang penagih mencuri dan memakannya kerana menyangka ia dadah.

Carolyn Parker memberitahu akhbar The Enterprise of Brockton, abu itu berada di dalam beg plastik yang dimasukkan ke dalam kotak kecil putih dan diletakkan di dalam kereta.

Abu itu dicuri dari keretanya awal semalam.

Menurut Carolyn, pencuri itu hanya mengambil abu berkenaan dan tidak mengusik barangan berharga lain, termasuk cermin mata berjenama, wang syiling dan rantai emas.

Ibunya mati Julai lalu pada usia 71 tahun dan Carolyn membawa abu itu di dalam kenderaannya untuk menaburkannya di tempat kegemaran mendiang.


“Agak menyeramkan apabila saya terbayang ada orang yang memakan abu itu,” katanya.

Dia meminta pencuri terbabit menyerahkan semula abu itu dan berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori