Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Warga Jepun Rai 110...

BERSEJARAH... Apabila Eiki Shimabukuro, ketika itu dia baru berusia lapan tahun, meninggalkan Jepun...

Dilanggar Lari Ketika Melintas...

KLANG : Seorang pejalan kaki dipercayai dilanggar lari sebuah motosikal ketika melalui Lorong...

Perubahan Besar, Berani Perlu...

BEIJING - Perubahan besar dan berani, bukan lemah atau kecil, perlu untuk merealisasikan...

KJ Mohon Maaf Isu...

KUALA LUMPUR - Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memohon...

‘Pendekar Gemuk’ Sudah Ditahan Pihak Polis

DUA suspek insiden pukul seorang kontraktor Syarikat Air Johor Holdings Bhd (SAJ) dalam rakaman yang menjadi viral dalam sosial Facebook semalam telah ditahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, kedua-dua suspek ditahan di lokasi dan pada waktu berasingan.

Bertindak atas maklumat, kira-kira 2 pagi tadi, kita menahan suspek pertama berusia 36 tahun di Jalan Indahputra, Kulai, manakala suspek kedua berusia 19 tahun ditahan di Kampung Melayu, Kulai pada 3.45 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut,” katanya yang dipetik Harian Metro.

kahkah1-768x355

Beliau dalam pada sama mengingatkan bahawa melakukan sebarang tindakan kekerasan adalah bertentangan dengan lunas undang-undang adalah suatu kesalahan.


Sejak semalam menjadi viral di laman sosial dua video dan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua orang lelaki bertindak keras terhadap pekerja kepada kontraktor dilantik SAJ yang ditugaskan membuat pemotongan bekalan air di Jalan Air Hitam, Kampung Melayu, Kulai.

Mereka telah diserang oleh dua orang lelaki yang tidak berpuas hati dengan pemotongan air berkenaan menyebabkan mangsa telah ditumbuk dan ditendang.

Mangsa dan rakannya juga diugut akan dicederakan dengan menggunakan sebatang cangkul. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori