BARU-BARUÂ ini tersebar video kononnya seorang pengantin perempuan di China merelakan dirinya diraba semata-mata bagi mendapatkan wang secara mudah untuk berbulan madu.
Rupa-rupanya pengantin itu bukannya perempuan sejati sebaliknya adalah pondan dan dia telahpun didakwa kerana berkelakuan tidak senonoh.
Baca:Â Pengantin Rela Diraba Demi Kumpul Wang Berbulan Madu
Selepas video itu yang dirakamkan di Thailand tersebar, pihak berkuasa di negara itu telah mengesan ‘pengantin’ berkenaan dan mendapati dia bukannya perempuan sebenar.
Pondan itu dikenali sebagai Miss Bee. Pondan itu memberitahu polis kebiasaannya dia tidak melakukan perbuatan luar biasa seperti itu namun pada malam berkenaan, sekumpulan pelancong dari China telah meminta untuk merabanya dan mereka membayarnya 20 baht bagi setiap orang.
Dalam video selama 1 minit 30 saat itu, pondan terbabit berpakaian pengantin perempuan, telah membiarkan dirinya diraba dan dicabul oleh pengunjung lelaki di sebuah kelab malam.
Mereka membuat bayaran terlebih dahulu sebelum dibenarkan meraba payu dara pondan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC