Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Selamba Naik Tren...

SEBELUM keluar rumah wanita ini terlupa nak tengok cermin gamaknya? Akibatnya dua keping gambar memaparkan...

SKMM Sekat Lebih 5,000...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 5,044 laman sesawang...

Pemandu Lori Maut Dihempap...

BAYAN LEPAS: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya dihempap papan tanda yang tumbang...

Manifesto BN: Pengecualian Penuh...

KUALA LUMPUR : Wanita yang kembali ke alam pekerjaan selepas berehat daripada kerjaya,...

Pengasuh Taska Perlu Miliki Sekurang-Kurangnya Diploma

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletak syarat pengasuh bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia bagi memastikan pengasuh mempunyai pengetahuan dan mencapai kualiti untuk mengasuh kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

“Di negara maju, pengasuh kanak-kanak di bawah tiga tahun memang dilatih secara profesional dan tahap pendidikan minimum mereka mestilah diploma.

“Sebelum ini Kementerian Pendidikan telah membincangkan perkara ini, tetapi hanya melibatkan prasekolah. Kali ini kita mahu pengasuh Taska juga mempunyai diploma sebagai kelayakan utama,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengadakan Dialog Bersama Menteri bertajuk ‘Wawasan Baharu Ke Arah Pembangunan Masyarakat’ di Institut Sosial Malaysia di sini hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Rohani berkata keperluan bagi memastikan pengasuh Taska memiliki diploma merupakan usaha kerajaan untuk mendapatkan acuan terbaik dalam mendidik kanak-kanak.


“Kanak-kanak di peringkat umur tiga tahun ke bawah memerlukan pendidikan awal berkualiti daripada pengasuh berkemahiran bagi mencorak masa depan negara,” katanya.

Dialog julung kali itu akan diteruskan dengan lapan lagi siri bersama penyertaan menteri daripada pelbagai kementerian lain sehingga Disember tahun depan.

Ia bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai isu sosial semasa negara, merangsang percambahan minda dan perkongsian idea dalam memahami cabaran sosial semasa serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori