Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PBB Bawa Keluar 2...

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan membantu melicinkan proses...

UMNO Konsisten Bantu Rakyat...

BAGAN SERAI - UMNO sentiasa konsisten dalam membantu rakyat pelbagai kaum di negara...

Salahkan Maklumat Rahsia Bocor,...

GEORGE TOWN - Seperti sudah jadi kelaziman pembangkang apabila gagal melaksanakan sesuatu yang...

Kiera Tarik Balik Kenyataan...

SUSULAN kontroversi berita penarikan diri peserta Clever Girl, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera), gadis...

Penghantar Mengaku Tidak Salah Curi 46 Telefon Bimbit

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan mencuri 46 telefon bimbit bernilai RM52,950 minggu lepas.

Mohd Hairiezad Adnan, 28, yang bekerja di Syarikat MPS Telecomunication Sdn Bhd, didakwa mencuri kesemua telefon bimbit jenis Huawei milik majikannya itu di perkarangan tempat letak bas Ekspress Terminal Bas Bersepadu (TBS) di sini, pada 1 petang, 4 Okt lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd Halim tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh bagaimanapun Mohd Hairiezad memohon mahkamah membenarnya diikat jamin kerana bapanya bersedia menjadi penjamin.


Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Nov ini sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori