Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Akauntan Ditahan Bantu Siasat...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang akauntan wanita berumur 42 tahun bagi membantu...

Kem Pemerdagangan Di Wang...

ALOR SETAR - Kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan...

Agenda Sebalik Instaseleb Iran...

ANAK-ANAK pegawai kanan kerajaan dan ahli politik di Iran sudah lama mendapat perhatian...

Kukuh Kebersamaan, Ikhlas Dalam...

PEKAN - UMNO dan Barisan Nasional (BN) digesa supaya terus memperkukuhkan semangat kebersamaan...

Kementerian Sumber Asli Tidak Terjejas Kurang Peruntukan

KUCHING – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yakin pengurangan peruntukan dalam Bajet 2017 tidak akan memberi kesan mendadak kepada kementerian berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kementerian memahami kemampuan kerajaan ketika ini, namun yakin permohonan bagi merealisasikan agenda kementerian pada masa depan akan dipertimbangkan.

Katanya secara keseluruhan beliau berpuas hati terhadap Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri semalam walaupun agenda kementerian itu tidak disebut secara terperinci.

“Jika kita teliti ucapan itu sememangnya tidak dimaklumkan dengan terperinci, bagaimanapun Perdana Menteri menyebut mengenai penjagaan hutan bahawa kerajaan pusat dan kerajaan negeri harus bekerjasama khususnya untuk hutan simpan dan hutan kekal demi penjagaan alam sekitar.

“Beliau turut menyentuh soal air sungai yang perlu kita jaga…menerusi ucapan bajet semalam, sebanyak dua kali disebut mengenai agenda-agenda di bawah kementerian ini berkaitan keselamatan makanan, keselamatan air dan juga penjagaan hutan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2016 di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.


Hasil penelitian terhadap bajet kali ini walaupun berkurangan kepada kementerian namun semua program-program termasuk di Sarawak seperti Heart of Borneo (HoB) dan sebagainya masih boleh dilaksanakan, katanya.

Antara inisiatif HoB adalah meningkatkan usaha pemuliharaan dan pembangunan lestari dengan meminimumkan kemusnahan hutan, mengelak kehilangan biodiversiti dan ekosistem.

Program HoB juga sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk di pulau Borneo yang dianggarkan dilitupi hutan tropika seluas 20 juta hektar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori