Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Setiausaha Agung ASEAN...

BANGKOK – Bekas Setiausaha Agung ASEAN dan bekas Menteri Luar Thailand, Tan Sri...

Ku Nan Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR: Berikutan kenyatannya yang telah diputar belitkan luar daripada konteks,Setiausaha Agung Umno...

Serangan Christchurch: Tarrant Jalani...

CHRISTCHURCH - Hakim sebuah mahkamah di sini hari ini mengarahkan suspek penembak dua...

Budak Genius Masuk UM...

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar...

Penjawat Awam Ditahan Berjudi

 

DUNGUN – Penjawat awam dan warga emas berusia 70 tahun antara yang ditahan menerusi serbuan Ops Khas Judi yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di tiga lokasi berasingan di sini, kelmarin.

Tiga lokasi panas yang menjadi sasaran ialah premis judi nombor ekor di Kuala Dungun dan Paka.

Ketua Operasi, Mohd Zahiruddin Fahmi Ahmad Zakhi berkata, seramai 31 orang disyaki kaki judi telah ditahan menerusi ops khas itu.

Menurutnya, kesemua yang ditahan adalah lelaki dan berusia di antara 20 hingga 70 tahun.

“Operasi ini dijalankan oleh bahagian penguatkuasaan JHEAT dan dibantu oleh penguat kuasa dari semua daerah.

“Seramai 40 anggota penguat kuasa menjayakan operasi ini yang dipecahkan kepada kumpulan tertentu untuk ke tiga premis perjudian,” katanya.

Mohd Zahiruddin berkata, operasi mengambil masa kira-kira satu jam setengah iaitu bermula jam 5 hingga 6.30 petang.

“Seramai 26 orang telah ditahan di dua premis perjudian di Kuala Dungun, manakala lima lagi premis judi di Paka.


“Antara ditahan ada yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam di Dungun, buruh dan nelayan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat agama untuk soal siasat dan tindakan seterusnya.

“Menerusi operasi ini kita turut merampas wang tunai berjumlah RM6224,” katanya.

Tambahnya, kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah seksyen 22 enakmen kesalahan jenayah syariah 2001 atas kesalahan judi.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Operasi dijalankan hasil maklumat orang ramai dan kita menggalakkan masyarakat sentiasa bekerjasama supaya aktiviti haram seperti ini dapat dikurangkan,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori