Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bajet 2018 Buktikan Kelantan...

JELI - Kelantan terus mendapat manfaat melalui Bajet 2018 yang membuktikan kerajaan Persekutuan...

Malaysia Tumpu RCEP Selepas...

KUALA LUMPUR – Malaysia kini menumpukan usaha bagi memuktamadkan Kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif...

Awas Scammer Curi Duit...

KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai supaya waspada dengan taktik sindiket penipuan...

Jus Busuk Dalam Keranda...

PENEMUAN keranda purba yang diperbuat daripada batu granit hitam di Mesir tiga minggu...

Penjual Gaharu Mengaku Tidak Bersalah Beri Rasuah

ALOR SETAR – Seorang penjual gaharu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberikan rasuah berjumlah RM500 kepada seorang inspektor polis, November tahun lalu.

Lau Ah Hock, 52, didakwa memberikan rasuah itu kepada seorang inspektor polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Ibu Pejabat Polis Kulim sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh yang menjalankan kegiatan judi loteri awam tanpa lesen.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Perniagaan Gaharu Soon Lee Huat, No 287 A, Jalan Aman, Kulim pada 4 Nov 2015, lebih kurang 3.35 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar menawarkan jaminan RM10,000 ke atas tertuduh, bagaimanapun peguam tertuduh, Jailani Mahamad memohon agar jaminan minima diberikan kepada anak guamnya.


Peguam tertuduh memaklumkan, anak guamnya perlu menyara empat anak dan isterinya serta ibu tertuduh berusia 70 tahun yang baru sahaja kakinya dipotong kerana mengalami diabetes.

Hakim Zanol Rashid Hussain membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Okt sebagai tarikh sebutan kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori