Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PM Ke-10: ‘Wakil BN...

KUALA LUMPUR : Tindakan saat akhir 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menarik...

PRU-15: Khaled Nordin Menang...

Kota Tinggi : Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya memenangi...

2 Maut, 2 Hilang,...

WASHINGTON (AFP) - Sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas di luar perairan Long Island,...

SuciĀ Harumatiques Sasar Tembusi Pasaran...

LANZHOU - Suci Harumatiques Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Bumiputera, merancang untuk menembusi...

Penyamun Larikan RM50,000 Milik Peniaga

TAWAU – Seorang ahli perniagaan wanita, berusia 43 tahun, kerugian RM50,000 setelah beg yang mengandungi wang tersebut dan diletakkan di bawah tempat kereta dilarikan seorang lelaki tidak dikenali petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, ketika kejadian pada jam 3.30 petang di belakang sebuah pasaraya itu, wanita berkenaan sedang menunggu anaknya yang keluar membeli sesuatu di sebuah kedai.

Tiba-tiba, katanya, seorang lelaki datang dan bertindak memecahkan cermin kereta wanita di sebelah kiri bahagian kerusi penumpang hadapan.

Suspek kemudian mengambil beg tangan wanita itu dari bawah kerusi bahagian pemandu meskipun mangsa berusaha menghalangnya.

Katanya, suspek kemudian melarikan diri ke arah seorang lagi suspek yang sedang menunggu di atas sebuah motosikal warna merah sebelum kedua-duanya melarikan diri.


Fadil berkata ketika melakukan jenayah itu, suspek disyaki berumur dalam lingkungan 20an dengan ketinggian lebih kurang 170 cm dan memakai baju berwarna biru, berseluar jeans gelap, berkulit cerah dan berambut pendek.

Katanya sebelum kejadian wanita berkenaan baru sahaja mengeluarkan wang itu dari sebuah bank untuk menguruskan pembayaran barang perniagaan yang diusahakannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori