Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Arab Saudi Kini Bersalji

Riyadh : Cuaca sejuk, hujan renyai dan hujan ais dengan salji dilaporkan di...

Kumpulan Serpihan Al-Qaeda Kuasai...

BEIRUT - Kumpulan serpihan Al-Qaeda mengukuhkan cengkaman di wilayah Idlib, Syria selepas beberapa...

Kasih Sayang Ibu Berkekalan...

SEDAR tak sedar, Aidilfitri sudah semakin tiba ke penghujungnya dan suasana perayaan masih...

Skandal Jual Kad Pengenalan:...

PERGERAKAN Pemuda UMNO memandang serius dan menzahirkan keraguan terhadap dakwaan YB Kasthuri Patto...

Perdana Menteri Prayut Nafi Miliki Akaun Twitter

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha menafikan ada akaun Twitter atas namanya yang membuat kenyataan mengkritik rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di Rumah Kerajaan hari ini, perdana menteri berkata beliau dan Najib adalah sahabat yang rapat.

“Untuk laman sesawang (akaun Twitter) yang didaftarkan dengan nama saya, saya tidak pernah ada (akaun Twitter).

“Saya dan Perdana Menteri Malaysia, kami adalah kawan rapat,” katanya dan menambah sebagai pemimpin dalam ASEAN, beliau mematuhi prinsip kumpulan serantau itu yang tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota.

“Kami berdua (Prayut dan Najib) adalah pemimpin negara, oleh itu banyak perkara adalah urusan dalaman, jadi ia akan diselesaikan oleh negara itu sendiri berdasarkan prinsip ASEAN,” katanya.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Bangkok pada 21 dan 22 Oktober lepas untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di Grand Palace.


Raja itu mangkat pada 13 Oktober lalu setelah gering sekian lama.

Prayut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan akaun Twitter palsu itu.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan, beliau mendapati kejadian serupa turut berlaku di negara lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori