Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pandelela, Nur Dhabitah Gagal...

KUALA LUMPUR - Skuad terjun Malaysia mungkin pulang dengan tangan kosong pada Siri...

Ramai Kecewa Payung Petronas...

RAMAI pula yang merungut mengenai promosi payung Petronas Primax 5 edisi terhad yang...

Mayat Raja Bhumibol Adulyadej...

BANGKOK - Mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej akan dibakar pada 26 Oktober depan...

Orlando Bloom Nafi Hubungan...

Mereka dilihat kembali bersama setelah penyanyi genit, Selena Gomez putus kasih dengan Justin...

Perkeso Gubal Akta Bekerja Sendiri Untuk Pemandu Teksi

IPOH – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menggubal satu akta baharu dikenali sebagai Akta Bekerja Sendiri untuk membolehkan ia mengurus tadbir skim Perkeso bagi pemandu teksi di seluruh negara.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata sekiranya rang undang-undang itu diluluskan, pemandu teksi akan menerima faedah sama seperti dinikmati pekerja lain yang berada di skim Kontrak bagi Perkhidmatan atau ‘Contract of Service’.

Beliau berkata rang undang-undang itu masih dalam proses penggubalan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan.

“Menerusi skim tersebut, ia boleh menjamin masa depan dan kesejahteraan pemandu teksi yang mana sebelum ini mereka hanya membeli insurans sendiri,” katanya pada sidang media selepas majlis Sambutan Deepavali Perkeso 2016 di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya. Turut hadir Pengerusi Lembaga Perkeso Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Pengarah Perkeso Perak, Noorhanita Mohamad.

Dalam pembentangan Bajet 2017 Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan skim Perkeso kepada pemandu teksi individu yang berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan akan diperkenalkan dengan geran pelancaran RM60 juta.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah skim itu, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar RM157 hingga RM443 setahun, iaitu hanya RM13.08 sebulan.


Menurut Mohammed Azman, sebanyak 73,000 pemandu teksi di seluruh negara bakal menerima manfaat daripada skim berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata dijangkakan pertambahan seramai 500,000 pekerja baharu yang aktif akan dapat didaftarkan dan dilindungi oleh Perkeso, menjadikan keseluruhan pekerja aktif berdaftar seramai 6.5 juta orang.

“Setakat ini, jumlah pekerja yang mendaftar Perkeso di seluruh negara adalah seramai 6.4 juta orang manakala Perak merupakan negeri tertinggi yang mendaftar iaitu 1.2 juta orang,” katanya.

Pada majlis itu, Shahrul Zaman turut menyampaikan cek faedah dan alat pemulihan Perkeso kepada 10 penerima selain pemberian hamper dan duit raya RM100 setiap seorang kepada 80 ibu tunggal dan anak yatim piatu sempena Deepavali. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori