Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Chong Wei Perlu Diberi...

KUALA LUMPUR - Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei perlu...

Lebih 200 Pekerja Premis...

PUTRAJAYA - Operasi sebuah medan selera dan beberapa premis makanan di pusat membeli-belah...

Banjir: Budak Perempuan 2...

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir...

Tak Perlu Desak Najib...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Permaisuri Johor Lawat Mangsa Kebakaran HSA

JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah mencemar duli melawat mangsa yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi Selasa.

Baginda dilaporkan tiba di pekarangan wad Bunga Raya 1 kira-kira pukul 1.10 petang dan kemudian mengambil peluang untuk melihat sendiri keadaan ramai pesakit sebelum meninggalkan hospital berkenaan.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia ialah enam oran terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki.

Kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan kira-kira jam 8 pagi turut menyebabkan seorang lagi pesakit melecur 80 peratus manakala tiga jururawat di unit itu sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Permaisuri Johor Lawat Mangsa Kebakaran HSA

Permaisuri Johor Lawat Mangsa Kebakaran HSA

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi laman Facebook mengucapkan takziah terhadap keluarga kepada enam mayat ditemui terbakar dalam kejadian di unit rawatan rapi HSA.


Beliau malah turut memaklumkan sedang memantau rapi perkembangan operasi dan menyelamat kejadian malang berkenaan serta dalam perjalanan untuk ke lokasi insiden bagi meninjau sendiri keadaan sebenar kawasan itu.

“Sedang memantau operasi dan menyelamat kebakaran di HSA. Saya sendiri akan bergegas ke sana selepas ini untuk lihat sendiri keadaan sebenar dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori