Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rasuah: Buruh Rohingya Dipenjara...

MELAKA - Seorang buruh binaan etnik Rohingya hari ini dijatuhi hukuman penjara enam...

Badan Khas Tangani Harga...

"Di pihak MAFI, kita menyambut baik sebarang perbincangan (penyelesaian) kerana pendirian kita, kos pengeluaran (makanan ayam) ditanggung pihak industri dan kos (harga ayam) sepatutnya dikenakan kepada rakyat perlu seimbang," katanya selepas melawat Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC), di Dewan Serbaguna Kampung Raja, di sini hari ini. Semalam Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sesi perbincangan bersama MAFI secara berterusan perlu diadakan bagi menangani permasalahan harga makanan ayam yang tinggi disuarakan kebanyakan penternak. Beliau menegaskan perbincangan itu menyasarkan isu kos tinggi meliputi dedak ayam yang diimport, harga baka ayam dan anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat pengguna. Dalam pada itu, Ronald berkata pihaknya berpendapat bantuan subsidi bagi menampung kos pengimportan dan komponen makanan ternakan juga antara mekanisme yang mampu memberi kesan positif dalam menstabilkan semula kenaikan harga ayam di pasaran. Terdahulu, mengenai program AiCAV beliau berkata lebih 17,000 pekerja sektor penanaman sayur di kawasan tanah tinggi itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui program tersebut yang bermula 27 Ogos lalu. Katanya, sebanyak 400 syarikat menyertai program itu yang dilihat sebagai langkah proaktif bagi menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara. "Sehingga kini sebanyak 10,000 pekerja telah menerima dos pertama, baki 7,000 pekerja lagi akan divaksin bermula semalam hingga 27 Sept ini," katanya. -- BERNAMA

Malaysia Autoshow 2018 Pamer...

SERDANG – Malaysia Autoshow 2018 kembali dengan menawarkan pelbagai pengalaman dan tarikan unik...

Ho Ying/Karen Lyn Hadirkan...

GOLD COAST — Skuad ping pong wanita negara melakarkan pencapaian di luar dugaan...

Perodua Cadang Insentif Khas Pembeli Kereta Nasional

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berharap kerajaan akan mempertimbang untuk memberi insentif khas kepada pembeli kereta nasional pertama dalam Bajet 2017.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata langkah itu akan dapat menggalakkan lagi perbelanjaan pengguna.

Beliau berkata insentif berkenaan, misalnya boleh dalam bentuk pengurangan jumlah bayaran muka.

“Ini akan memberi kesan kepada keseluruhan ekosistem automotif, serta industri kewangan dan insurans, memandangkan keadaan ekonomi yang lembap dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.

Aminar berkata harapan Perodua dalam bajet yang akan dibentangkan tidak lama lagi termasuk pelan hala tuju Dasar Automotif Negara yang berterusan dalam meliberalisasi pasaran.

“Bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk memastikan vendor tempatan mempunyai masa yang cukup untuk meningkatkan kecekapan dan keupayaan untuk bersaing secara adil.

“Ini juga untuk memastikan pelaburan peserta automotif tidak tergugat,” katanya.

Beliau berkata Perodua juga berharap kerajaan akan terus menyokong industri automotif tempatan, sama dengan negara-negara maju yang lain seperti Jerman, Korea Selatan, Jepun dan juga Amerika Syarikat, dari segi insentif.


“Ini akan menggalakkan aktiviti pembuatan, di samping meningkatkan keupayaan vendor dan pengeluar peralatan tulen. Pada masa yang sama, ia membantu menggalakkan eksport dalam ekosistem automotif.

“Kerajaan juga perlu mempertimbang untuk melonggarkan dasar perolehan untuk membolehkan Perodua dimasukkan sebagai pilihan bagi pembelian kenderaan pukal kerajaan.

“Ini akan mewujudkan lebih pilihan dan nilai kepada kerajaan pada masa ia perlu mendapatkan nilai terbaik atas barangan yang dibeli,” kata Aminar.

Beliau berkata pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) akan memberi kesan positif kepada ekonomi secara keseluruhan, kerana bank-bank akan mengurangkan kadar pinjaman dan merangsang perbelanjaan.

“Kami menghormati dan menyokong pendirian bank pusat berhubung garis panduan pinjaman, tetapi kami juga percaya bahawa semua institusi kewangan perlu melaksanakannya berdasarkan kes, dan bukannya mempunyai satu peraturan untuk semua,” katanya.

Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Okt ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori