Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

11 Pelajar MRSM Taiping...

TAIPING - Seramai 11 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping dikesan menghidap...

Terjun Hadiahkan Emas Keempat...

PETALING JAYA: Gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying memastikan terjun terus menjadi ā€˜lubukā€™ emas...

Khidmat Apandi Ali Disambung...

KUALA LUMPUR ā€“ Perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara telah...

Bfrenz & Assalamualaikum Diserbu...

JENAMA milik usahawan Islam memang dahagakan promosi terutama produk keluaran Bumiputera dari sektor...

Sempadan Semula Dilaksana Sepenuhnya Ikut Undang-Undang

KUALA LUMPUR – Proses persempadanan semula bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaksanakan sepenuhnya mengikut undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata urusan kajian semula persempadanan itu adalah berlandaskan prinsip-prinsip dan tatacara persempadanan berdasarkan bidang kuasa SPR yang diperuntukkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Jadual Ke-13, Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, prinsip-prinsip persempadanan adalah termasuk mengadakan kemudahan bagi pemilih-pemilih keluar mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Irmohizam ingin tahu sama ada proses persempadanan yang sedang dijalankan kini dilaksanakan sepenuhnya mengikut undang-undang.

Azalina berkata prinsip persempadanan juga perlu mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian selain mengekalkan hubungan masyarakat tempatan.

Beliau berkata proses persempadanan itu masih berjalan dan perlu diteruskan seperti dinyatakan di bawah Jadual Ke-13, Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah ditamatkan dalam tempoh dua tahun.


Menjawab soalan tambahan Irmohizam berhubung dakwaan yang menyatakan proses persempadanan itu bermotif politik dan seolah-seolah SPR telah menjadi kuda tunggangan kepada BN, Azalina menafikan perkara itu.

“Sepanjang tempoh pameran dan bantahan sebulan yang berakhir 14 Okt lepas, SPR menerima 836 representasi bantahan bagi syor tersebut, di mana semua pihak termasuk kerajaan negeri dan parti politik telah membuat bantahan.

“Sekiranya tindakan dilihat menguntungkan pihak kerajaan, sudah tentu tidak akan timbul bantahan daripada parti pemerintah dan kerajaan negeri,” katanya.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori