Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Kaunter PLKS Diteruskan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) di kaunter Jabatan...

Jokowi, JK Tak Kisah...

Jakarta - Tiada satupun gambar Joko Widodo (Jokowi) dan naibnya, Jusuf Kalla (JK)...

“Saya Juga Dapat Jemputan...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan baginda juga...

UMNO Bahtera Bocor, Sukar...

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan...

Pesalah Trafik Belia Terengganu Membimbangkan

KUALA TERENGGANU – Membimbangkan! Ia ungkapan tepat bagi menggambarkan angka pesalah trafik di negeri ini apabila lebih 20,000 saman trafik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia adalah kepada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi serta golongan belia.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sahaja sebanyak 20,585 keping saman di keluarkan kepada belia di bawah umur 30 tahun.

Katanya daripada jumlah itu sebanyak 18,516 keping saman dikeluarkan ke atas pengguna motosikal melibatkan pelbagai kesalahan trafik yang berulang.

“Walaupun pelbagai program kesedaran, pameran dan sebagainya telah dilakukan namun masih ramai yang tidak menyedari kesan dan akibat apabila memandu tanpa lesan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain itu katanya bagi tempaoh yang sama tahun ini sebanyak 8,049 kes kemalangan dicatatkan melibatkan golongan remaja yang mana daripada jumlah itu sebanyak 270 kes kemalangan maut direkodkan yang melibatkan golongan belia berumur bawah 20 tahun hingga 30 tahun.

Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa lokasi jalan raya termasuk kawasan perumahan di sekitar bandar raya ini mendapati kanak-kanak seawal usia 10 tahun dilihat menunggang motosikal tanpa kawalan ibu bapa mahupun teguran daripada kaum keluarga sendiri.

Rosli ketika mengulas mengenai situasi berkenaan berkata sebelum ini terdapat banyak kes remaja dan pelajar sekolah yang ditahan akibat merempit serta motosikal yang digunakan untuk berlumba haram itu dibelikan oleh ibu bapa sendiri.


“Memanglah tujuan dibelikan kenderaan itu adalah untuk memudahkan anak-anak ke sekolah bukan untuk merempit, pokok pangkalnya kenapa dibiarkan anak-anak ‘bawah umur’ me­nunggang atau memandu kenderaan tersebut walaupun mengetahui perbuatan itu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Justeru tidak hairanlah polis mahu mencadangkan hukuman yang lebih tegas dikenakan bukan sahaja penunggang dan pemandu sahaja yang akan didakwa, pemilik yang membenarkan kenderaan mereka digunakan pun terheret sekali,” katanya.

Rosli berkata ibu bapa dan penjaga kepada kanak-kanak atau remaja terlibat juga perlu didakwa kerana cuai membenarkan anak masing-masing menunggang tanpa lesen.

Beliau berkata pendidikan dan kesedaran awal mengenai perkara ini sepatutnya bermula dari rumah lagi dan ibu bapa perlu peka kepada keselamatan anak-anak masing-masing.

“Tindakan undang-undang sahaja tidak mampu menangani masalah ini malahan semua pihak khususnya para ibu bapa perlu menerapkan dan mendedahkan nilai-nilai murni kepada anak-anak bermula daripada rumah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori