Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Parlimen Belia Catat Sejarah,...

KUALA LUMPUR - Parlimen Belia Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri apabila bersidang buat kali...

Gara-Gara Kabali, Semua Premis...

CHENNAI - Mungkin tidak terbayang di benak anda, hanya kerana tayangan sebuah filem...

95 Tahanan Larikan Diri...

DAMSYIK ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Sejumlah 95 tahanan termasuk pejuang Kurdis melarikan diri dari sebuah penjara...

Pendidik Gigih Sebelah Tangan...

KUALA KRAI - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di sini, yang...

PGA Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih Setengah Juta Ringgit

KUCHING – Pasukan Polis Gerak Am (PGA) merampas rokok seludup yang dianggar bernilai lebih setengah juta ringgit dalam dua serbuan di Jalan Kuching-Serian petang semalam, rampasan rokok terbesar pasukan itu tahun ini.

Komander PGA Briged Sarawak, SAC Khaw Kok Chin berkata berdasarkan maklumat risik, satu pasukan PGA menyerbu sebuah rumah di Km 18.5 Kuching-Serian pada kira-kira pukul 4 petang semalam dan merampas 10,850 karton rokok premium gold yang dianggar bernilai RM435,500 tidak termasuk cukai.

Katanya dalam operasi susulan, pasukan itu kemudiannya menyerbu sebuah lagi rumah kira-kira 800 meter dari lokasi serbuan pertama sejam kemudian, dan merampas 7,150 karton lagi rokok pelbagai jenama yang dianggar bernilai RM156,000.

Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan berhubung kes rokok seludup itu dibuat, namun menurutnya PGA menahan dua lelaki yang menawarkan rasuah RM15,000
kepada pasukan PGA yang terbabit dalam dua serbuan itu.

“Dua lelaki berumur 40 dan 62 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut serta dalam serbuan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Briged PGA Sarawak, di Batu Kawa di sini hari ini.


Khaw berkata penyeludup biasanya tidak menyimpan rokok-rokok seludup di satu tempat untuk tempoh yang lama dan biasanya ia akan berpindah dari satu rumah ke rumah lain semasa diagihkan untuk pasaran tempatan.

Katanya pasukan risik masih menyiasat dalang di sebalik kegiatan penyeludupan itu dan akan terus sentiasa menggiatkan langkah dalam membanteras kegiatan penyeludupan.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori