Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Siasat Syed Saddiq

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjalankan siasatan berhubung kes...

AG Enggan Rayu Keputusan...

KUALA LUMPUR - Pihak Pendakwa Raya tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah...

Korea Selatan Isytihar Bebas...

SEOUL - Korea Selatan hari ini mengisytiharkan negara itu bebas daripada wabak Sindrom...

Saarani Menghadap Sultan Perak...

IPOH : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tiba di Istana Kinta...

Pijak Tapak Patung Buddha, Ronaldo Dikecam Penganutnya

BINTANG bola sepak dunia dan tonggak pasukan Real Madrid, Cristiano Ronaldo baru-baru ini dikecam kerana memijak tapak patung kepala Buddha ketika bergambar.

Tindakan Ronaldo memijak tapak patung kepala Gautama Buddha menimbulkan kemarahan penganut agama itu kerana disifatkan sebagai satu perlakuan yang biadab dan menghina agama mereka.

Ronaldo yang terkenal dengan aksi lincah di atas padang asalnya memuat naik gambar tersebut menerusi akaun Instagram dan Facebook peribadinya pada Khamis lalu.

Pijak Tapak Patung Buddha, Ronaldo Dikecam Penganutnya

Menerusi gambar yang tersebar, penyerang Real Madrid itu dilihat berdiri di sebelah replika itu sementara kaki kanannya memijak tapak kepala Buddha tersebut dengan kapsyen berbunyi ‘Bom dia’ atau ‘selamat pagi’.

Seorang netizen dikenali sebagai leinad.man.prajapati berkata: “Saya rasa anda tidak menghormati agama itu. Jangan hancurkan hati orang lain dengan mempamerkan tindakan sedemikian.”

Manakala devkotaamrit pula, “Anda mungkin pemain bola sepak terbaik dunia tetapi anda juga merupakan manusia yang paling teruk di alam semesta.”


Gambar kontroversi tersebut sehingga kini berjaya mendapat lebih 26 juta komen menerusi Instagram manakala 70 ribu lagi melalui laman Facebook.

Rata-rata pengikutnya menggesa pemain itu supaya segera memadam gambar tersebut daripada laman sosialnya, namun tidak diendahkan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Malaysian Digest

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori