Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Presiden PAS Dedahkan Mengapa...

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi menjelaskan mengapa PAS tidak...

Chegubard Bebas Tuduhan Anjur...

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan Pengasas...

PAS Sudah Tidak Relevan...

KEPALA BATAS - Parti PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih...

Bapa Bunuh Anak 21...

NEW YORK - Seorang bapa mengaku bersalah membunuh anak perempuannya yang berusia 21...

PKBM Sedia Tarik Diri Selaku Penganjur ACC 2018

KUALA LUMPUR – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sedia menarik diri selaku penganjur Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 sekiranya tidak mendapat persetujuan Menteri Belia dan Sukan.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata pihaknya sedia menerima sebarang kemungkinan berkaitan penganjuran acara itu untuk mengelak timbulnya masalah lebih besar di kemudian hari.

“Sekiranya prosedur penganjuran itu mempunyai masalah dan menteri (Khairy Jamaluddin) menyatakan kita tidak ikut peraturan atau sebagainya…bagi mengelak masalah menjadi lebih besar, kita sedia tarik diri.

“Kita tidak mahu timbulkan masalah lagi, PKBM telah menjelaskan dengan terperinci pada perjumpaan tadi bersama Timbalan Pesuruhjaya Sukan Mohd Salleh Ghazali,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu, di sini hari ini.

Malaysia melalui PKBM telah membida menjadi tuan rumah ACC 2018 bersama-sama Thailand dan Korea Selatan, namun dua negara tersebut menarik diri yang membolehkan Malaysia mendapat bidaan itu.

Minggu lepas, PKBM dilaporkan tidak mendapat persetujuan Menteri Belia dan Sukan terlebih dahulu, sebelum membida ACC 2018.

Sementara itu, Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh menegaskan bahawa terdapat kekeliruan dan salah faham dalam mentafsir Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan (APS) 1997.


“Pihak PKBM mempunyai tafsiran sendiri dan sebab itu kita mengadakan perjumpaan ini bagi menjelaskan pemahaman kita dan pihak Pesuruhjaya Sukan gembira dengan penjelasan diberikan.

“PKBM juga tidak mempunyai niat untuk mendahului keputusan menteri. Kita tahu Menteri Belia dan Sukan sangat menyokong acara berbasikal dalam negara ini sejak dahulu,” katanya.

Amarjit juga berkata mereka bersedia menerima segala nasihat dan pandangan untuk memperbaiki dari segi pengurusan badan induk berbasikal negara itu.

“Saya juga menyeru badan sukan lain di negara ini agar mengambil isu kami ini sebagai pengajaran supaya perkara yang sama tidak berulang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori