Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penting, Amalkan Pola Pemakanan...

TAHUKAH anda, amat penting bagi wanita mengekalkan pola pemakanan sihat bagi mengurangkan kesan negatif...

RUU 355: ‘Sila Hormat,...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu semua pihak...

Aedy Ashraf Akui Tidak...

SEBUT sahaja nama pelakon, Aedy Ashraf pasti ramai yang masih ingat dengan lakonannya...

Harga Bufet Ramadan Hotel...

KUALA LUMPUR: Pengusaha hotel bertaraf tiga dan empat bintang di Kedah dan Perlis...

PKR Iktiraf Ambiga, Mandeep, Maria Hero Malaysia

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin mengiktiraf pemimpin Bersih, Datuk S.Ambiga, Mandeep Singh dan Maria Chin sebagai hero Malaysia.

Justeru, beliau berasa kesal ada pihak menyebarkan `photoshopped’ gambar tiga hero Malaysia itu mahu dipenggal oleh individu bertopeng dan berpakaian hitam di media sosial.

Kata beliau, pihak yang melakukan ugutan menggunakan gambar palsu melalui media sosial itu merupakan golongan pengecut.

“Jika ini merupakan satu ugutan kepada Bersih 5, saya mahu katakan kepada pengecut ini adalah perbuatan yang tidak beretika.

“Ancaman yang diterima oleh semua hero ini menandakan mereka melakukan perkara yang betul,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari in.

Sehubungan itu, Zuraida berkata, beliau berharap Ambiga, Mandeep dan Maria tidak berganjak dengan ancaman ganas tersebut.

Demontrasi jalanan Bersih 5 yang dirancang diadakan secara besar-besaran di ibu negara kononnya bagi memperjuangkan hak rakyat dan keadilan.


Umum bagaimanapun mengetahui perhimpunan yang telah beberapa kali diadakan itu sebenarnya bertujuan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Lebih malang apabila perhimpunan itu dijadikan sebagai platform oleh pemimpin pembangkang untuk meraih kepentingan politik.

Demonstrasi jalanan Bersih tahun lalu menimbulkan kemarahan umat Islam negara ini kerana diselit dengan upacara memijak-mijak gambar dua pemimpin parti politik terbesar kaum Melayu.

Mereka ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori