Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengurus Jakel Didenda RM25,000...

SEORANG pengurus sumber manusia pusat gedung tekstil terkenal, Jakel hari ini didenda RM25,000...

Lelaki Selamba Masukkan Binatang...

SANGGUP memasukkan binatang berbisa ke dalam mulut semata-mata untuk menghiburkan orang ramai.Itu yang...

Tunggu Laporan Bedah Siasat...

KUALA LUMPUR - "Tunggu laporan bedah siasat dahulu, bila ada keputusan muktamad, kita...

Kekalkan Istilah Semburit –...

KUALA LUMPUR - Perkataan semburit yang menarik perhatian ramai susulan isu penyebaran video...

PM Amin Doa Sebelum Menaiki Kereta Ke Parlimen

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaminkan doa di Kementerian Kewangan di sini sebelum menaiki kenderaan untuk
berangkat ke Dewan Rakyat bagi membentangkan Bajet 2017 hari ini .

Doa dibacakan Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat sejurus selepas perdana menteri turun dari pejabatnya selepas mengambil beg berisi teks ucapan Bajet 2017.

Najib yang segak berbaju Melayu berwarna merah jambu tiba di Kementerian Kewangan pada kira-kira 3 petang dan turun 10 minit kemudian.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Selepas bacaan doa selesai, perdana menteri bertolak ke bangunan Parlimen di ibu negara bagi membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.


Perdana menteri sebelum ini berkata Bajet 2017 akan mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan asas-asas ekonomi negara kekal cergas dan kukuh.

Intipati dalam bajet itu, akan termasuk dasar mengenai sasaran-sasaran defisit, langkah-langkah untuk memacu aktiviti ekonomi, serta usaha dalam memastikan sistem kewangan jangka panjang yang sihat.

Selain menyangkal andaian daripada beberapa pengulas bahawa Bajet 2017 akan menjadi bajet ‘Pilihan Raya Umum’, Najib turut berkata beliau akan mengumumkan sesuatu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan beberapa inisiatif lain pada pembentangan hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori