Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

5 Tradisi Perkahwinan Yang...

MAJLIS perkahwinan sering diserikan dengan tema dan pilihan dekorasi yang ditentukan oleh pengantin...

Dua Lagi Mayat Anak...

JOHOR BAHRU - Dua lagi mayat mangsa kapal korek yang karam di 8.6...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik...

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan...

Tun Salleh Abas Meninggal...

KUALA TERENGGANU - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas, meninggal...

POKB Tanggung Kos Rawatan Pesakit Kanser Di Jeli

JELI – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) akan menanggung kos rawatan kemoterapi seorang pesakit kanser payudara tahap tiga, Fauziah Shafie sehingga sembuh, kata Presidennya Datuk Sheikh Ahmad Dusuki.

Selain kos rawatan kemoterapi, Ahmad Dusuki berkata badan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menanggung kos pengangkutan Fauziah, 42, yang menetap di Batu Melintang di sini, untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

“Fauziah sebelum ini terpaksa berulang-alik dari Batu Melintang ke Kota Bharu bagi menjalani rawatan kemoterapi dengan kos ditanggung sekitar RM300 hingga RM500.

“Ia antara tanggungjawab POKB sebagai badan bukan kerajaan untuk membantu masyarakat terutama pesakit kanser di negeri ini. Kami tidak hanya memberi tumpuan kepada masyarakat di Kota Bharu,” katanya kepada pemberita semasa mengunjungi pesakit berkenaan di Batu Melintang hari ini.

Terdahulu, beliau turut menyumbangkan RM1,000 menerusi Tabung Kasih Kanser POKB bagi meringankan beban yang ditanggung Fauziah.


Sementara itu, Fauziah yang belum berumah tangga terpaksa bergantung harap kepada kakaknya untuk membiayai perbelanjaan rawatannya.

Fauziah berkata dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai selepas menghidap penyakit tersebut, dan mengucapkan terima kasih kepada POKB yang prihatin dengan masalah menimpanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori