Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aduan Pengawal, Dakwa Syarikat...

Dalam satu aduan yang diterima portal Mynewshub hari ini (Rabu), seorang individu yang...

‘Bullet Train’ Nuklear China...

BEIJING – Hasrat China yang mahu menggunakan kereta api berkelajuan tinggi bagi membawa...

Arul Kanda Dipecat Sebagai...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan Presiden dan...

Serik Pengalaman Lepas, Pindah...

BESUT - Serik dengan pengalaman lepas hingga terpaksa mengharung air banjir paras dada...

Polis Buru Lelaki Bakar Rumah Sendiri Di Ipoh

IPOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kebakaran sebuah sebuah rumah di Taman Kuan Won Yuen di Jalan Bendahara di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata suspek dikenali sebagai Muhamad Safie Mahat, 41, yang juga merupakan penghuni rumah tersebut melarikan diri selepas bertindak membakar rumah itu

Beliau berkata hasil siasatan pihaknya mendapati wujud unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

“Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sum berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, lima rumah teres papan musnah terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kerugian sedang disiasat.

Difahamkan, suspek bertindak membakar rumah yang disewanya itu selepas berlaku pergaduhan dengan isterinya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Putih menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.36 petang dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya kira-kira sejam kemudian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori