Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

56 Terbunuh, 22 Hilang...

BEIJING - Sekurang-kurangnya 56 orang dilaporkan terbunuh, manakala 22 yang lain masih hilang...

Kakak Bobby Brown Nafi...

KAKAK kepada bekas suami mendiang Whitney Houston, Leolah menafikan khabar angin mengatakan anak...

Kawalan Perairan Susulan Kematian...

KLUANG - Malaysia akan memperketat kawalan perairan negara terutama di Sabah berikutan kematian...

Sultan Selangor Murka Tindakan...

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita terhadap tindakan...

Polis Cari Anggota SPRM Dipercayai Pukul, Ugut Isteri

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang mengesan seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai memukul dan mengugut isterinya dengan parang.

Ini berikutan dua laporan polis berhubung kes itu, yang diviralkan dalam laman sosial Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata dua kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Beliau berkata kes itu turut disiasat mengikut Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.


“Suspek didapati tidak hadir bertugas di pejabatnya di Segamat dan mempunyai rekod kes narkotik di Muar tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori