Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Remember Your Loved Ones...

KUALA LUMPUR - You can call it an ‘interactive memorial’ or a ‘digital...

Godam Telefon Menteri, AG...

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memandang serius isu beberapa telefon...

3 Warga Thailand Maut...

PRAGUE - Seorang rakyat Republik Czech dan tiga warga asing terkorban selepas helikopter...

Tajuddin, Shahidan, Annuar, Halimah...

KUALA LUMPUR : Beberapa nama besar pemimpin UMNO tidak dicalonkan semula pada Pilihan...

Polis Manjung Buru Lima Suspek Kes Samun

LUMUT – Polis Daerah Manjung meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lima suspek kes samun menggunakan parang di sebuah rumah di Jalan Kampung Acheh Baru, di sini, pada 6 Okt lepas.

Kesemua suspek dikenali sebagai P. Ilaavarasan, 21, Y. Kaviyarasan, 26, S.Sugumaran, 36, F.R. Francis,23, dan G. Kaliswaran, 34, beralamat di sekitar kawasan Sitiawan dan Ayer Tawar.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata Jumaat lepas, pihaknya mengesan sebuah kereta Proton Perdana dipercayai dinaiki supek berhampiran sebuah kubur Cina di Sungai Wangi, Sitiawan.

“Sebaik menyedari kehadiran polis pada kira-kira pukul 4.30 petang, kesemua suspek melarikan diri ke dalam hutan berhampiran dan masih bebas sehingga kini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Dalam kejadian samun itu, suspek sempat melarikan pelbagai barang kemas, wang tunai kira-kira RM500 serta sebuah kereta Honda CRV bernombor pendaftaran AJK 9921 milik mangsa di rumah berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori