Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Empat Bas Kilang Hangus,...

JOHOR BAHRU - Empat bas kilang musnah dalam kebakaran dipercayai perbuatan khianat di...

Hampir 50,000 Rohingya Tinggalkan...

YANGON - Lebih 27,000 umat Islam Rohingya meninggalkan Myanmar sejak beberapa minggu lalu,...

Penderitaan Pemandu Bas Dapat...

JOHOR BAHRU - Kesempatan hidup pemandu bas di negeri ini akibat pandemik Covid-19...

Naik Tambang Bas Ekspres...

PUTRAJAYA - Sebarang keputusan kerajaan berhubung kenaikan tambang bas ekspres akan mengambil kira...

Polis Selamat 7 Wanita Indon Dijadikan Hamba Seks

BUKIT MERTAJAM – Polis menyelamatkan tujuh wanita warga Indonesia yang dijadikan hamba seks atau pelacur dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan di Jalan Pasar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT menyerbu rumah tumpangan itu pada 5 petang dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun, penjaga di situ.

“Polis menemui tujuh wanita Indonesia berusia 23 hingga 31 tahun dalam beberapa bilik di tingkat atas di situ. Mereka dipercayai ditempatkan di situ bagi bekerja sebagai pelacur,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati semua wanita itu dipercayai dijadikan pelacur atau hamba seks di rumah tumpangan berkenaan sejak beberapa bulan lepas.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan yang digunakan bagi tujuan pelacuran antaranya tuala kecil, krim pelincir, cecair pelincir, kondom, resit bayaran khidmat pelacuran dan buku catitan serta wang tunai RM2,500.

Nik Ros Azhan berkata semasa operasi itu terdapat seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang merupakan pelanggan di rumah tumpangan berkenaan dan polis merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan.

“Penjaga rumah tumpangan itu direman lima hari bagi membantu siasatan dan kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sama ada ia mempunyai rangkaian dengan sindiket lain,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.


Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata seorang lelaki yang hasil di kawasan hutan paya bakau di Sungai Perai, Butterworth dekat sini menjumpai mayat reput seorang wanita tersangkut di celah-celah pokok bakau pada 3 petang semalam.

Katanya, lelaki berkenaan menghubungi polis tiga jam kemudian kerana dia terpaksa keluar dari kawasan hutan bakau berkenaan untuk membuat panggilan telefon.

“Polis yang mendapat maklumat itu terus ke tempat kejadian dan pemeriksaan awal mendapati mayat wanita dipercayai telah mati lebih seminggu serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersamanya,” katanya.

Nik Roz Azhan berkata polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membawa keluar mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an itu dari kawasan hutan bakau berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori