Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Liwat Tidak Berlaku –...

PUTRAJAYA -- Perbuatan liwat di antara penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas...

Gambar: Mayat Reput Terdampar...

PENGUNJUNG Pantai Baru Penarik, Merang pada petang Ahad terkejut apabila mendapati terdapat mayat...

‘Akak Sembang’ Beli 6...

SEORANG wanita telah mencetuskan sensasi di media sosial apabila mengakui menggunakan wang hantaran...

PM Umum Lantik Senator...

TUARAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan untuk melantik seorang...

Polis Serbu 106 Pusat Hiburan Keluarga, Judi Dalam Talian

JOHOR BAHRU – Seramai 399 orang pemain judi dan 118 penjaga premis ditahan di pusat hiburan keluarga dan judi dalam talian sepanjang operasi selama seminggu di empat daerah di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis menyerbu 106 pusat hiburan keluarga dan judi dalam talian sejak 29 September lalu di Kota tinggi, Johor Bahru Utara, Kluang dan Segamat.

“Lapan daripada mereka merupakan rakyat Indonesia, seorang rakyat Myanmar, seorang rakyat Bangladesh manakala selebihnya warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun.

“Dalam kesemua serbuan itu, polis turut merampas 1,321 buah mesin Pusat Hiburan keluarga (PHK), 14 buah tab, 27 buah Komputer, 46 buah komputer riba dan wang tunai berjumlah RM38,307 dan 60 Dolar Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata 99 premis menjalankan kegiatan tanpa lesen manakala tujuh premis lagi menyalahgunakan lesen perniagaan.


Selain itu, beliau berkata premis yang terlibat turut mengubah modus operandi dengan beroperasi di tingkat atas premis bagi mengaburi pihak berkuasa.

Beliau berkata serbuan yang dijalankan adalah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha membanteras tempat-tempat perjudian secara habis-habisan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori