Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Tayang Kemewahan Hasil Tipu...

PELAKON dan penyanyi Bella Nazari baru-baru ini mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi...

GAMBAR: Euuu! Jijiknya Tahap...

DUNIA semakin tenat..  Khazanah alam semakin nazak... Bercakap mengenai negara China, pasti ada yang...

Unit 1MDB Lunas RM3...

KUALA LUMPUR - Powertek Investment Holdings Sdn Bhd, unit 1Malaysia Development Bhd (1MDB),...

Adenan Bayangkan PRN Sarawak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam ini membayangkan bahawa...

Polis Siasat Papan Iklan Elektronik Tayang Filem Lucah

JAKARTA – Pihak polis tempatan sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem lucah menerusi papan iklan elektronik gergasi di pusat bandar raya Jakarta pada 30 September.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kekerasan Polis Daerah Metro Jaya, Hendy Kurniawan berkata, pihaknya merampas beberapa peralatan komputer milik syarikat pengiklanan berkenaan yang terletak di Jakarta Selatan.

Beliau dipetik media tempatan pada 1 Oktober sebagai berkata pihak polis juga membuat pemeriksaan menyeluruh di pejabat syarikat berkenaan dan beberapa pekerjanya akan disoal siasat bagi membantu siasatan.

Orang ramai dan pengguna jalan raya menjadi kecoh apabila melihat sebuah papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan menayangkan filem lucah.

porn

Seorang penjual soto di tepi jalan di situ yang dikenali sebagai Domang kemudiannya mengambil tindakan berani dengan memotong wayar elektrik di papan iklan berkenaan setelah filem itu ditayangkan kira-kira 20 minit.


Domang yang kebetulan membuka gerai di belakang papan iklan elektronik berkenaan berkata setelah mengetahui papan iklan itu menayangkan filem lucah, dia lalu segera mencari suis elektrik papan iklan itu dan menutupnya.

Sementara itu, wakil syarikat papan iklan tersebut dilaporkan sebagai berkata bahawa pihaknya berasa kesal dengan insiden berkenaan dan menyerahkan kes kepada pihak polis untuk melakukan siasatan yang lebih lanjut.

Katanya, syarikat itu percaya ia merupakan jenayah siber dan kemungkinan jaringan Internet syarikat tersebut diceroboh serta menafikan ia merupakan perbuatan oleh pekerja syarikat berkenaan sendiri. – BERNAMA/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori