Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Tentera Ditahan Larikan...

SHAH ALAM – Polis menahan lima individu termasuk seorang bekas pegawai tentera darat...

Hujan Lebat Tahap Bahaya...

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya berlaku...

Doktor Kontrak Kini Layak...

KUALA LUMPUR : Doktor-doktor lantikan kontrak kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi Hadiah...

Kenyataan Duta Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bukan...

Polis Tahan Peniaga, Selamatkan Dua Lelaki Myanmar

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang peniaga warga tempatan dan menyelamatkan dua lelaki Myanmar yang disyaki dieksploitasi dengan dipaksa bekerja dalam serbuan di Pasar Jelutong, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat, pihaknya membuat serbuan pada 9.45 pagi dan menahan lelaki berusia 41 tahun yang merupakan peniaga sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar berkenaan.

“Ekoran penahanan lelaki itu, polis berjaya menyelamatkan dua lelaki berusia 22 tahun yang dipaksa bekerja dengan peniaga berkenaan di pasar di situ sejak beberapa bulan lepas. Mereka juga tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya polis merampas beberapa barangan milik peniaga itu dan dia kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.


Difahamkan kedua-dua lelaki warga Myanmar itu dipaksa bekerja di situ tanpa diberi gaji yang setimpal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori