POLIS Perancis tidak menolak kemungkinan Kim Kardashian menjadi sasaran perompak baru-baru ini kerana kegemarannya menayang barangan dan aksesori mewah di laman sosial Instagram miliknya.
Empat hari sebelum kejadian rompakan itu berlaku, Kim ada menayangkan cincin berlian mewah miliknya di IG yang berkemungkinan besar menarik perhatian perompak.
Kim merupakan antara selebriti yang mempunyai paling ramai pengikut di laman sosial terkenal itu.
Kim berada di Paris bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris dirompak sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menyamar memakai uniform polis dan bertopeng.
Ketika itu, dia sedang berada di sebuah apartmen mewah bersama anak-anaknya tanpa kehadiran suaminya, Kanye West yang terikat dengan komitmen kerja di Amerika Syarikat.
Rumah Mewah Kim K Dirompak, Kepala Diacu Pistol
Dalam kejadian itu, Kim kehilangan set barangan kemas bernilai 6 juta euro (RM28 juta) dan sebentuk cincin berlian berharga RM4 juta euro (RM18.49 juta).
Kim bertolak pulang ke Los Angeles beberapa jam selepas rompakan itu berlaku dengan menaiki jet peribadi. – MYNEWSHUB.CC