Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tempoh Majikan Terlibat Banjir...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi perlanjutan tempoh pembayaran caruman bulanan...

Pengganti PM: Mufti Perlis...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berharap Perdana...

2 Bot, 25 Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot dan...

Gaya Hidup: Solekan Bukan...

KUALA LUMPUR – Kebiasaannya, kebanyakan daripada kita berasa gerun untuk melihat gambar mangsa...

Polis Tumpas Sindiket Syabu Di Johor

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah jenis syabu dan merampas syabu bernilai lebih RM500,000 dalam dua serbuan di Ayer Hitam dan Yong Peng, dekat Batu Pahat, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata serbuan itu dilakukan bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) kira-kira jam 7 pagi.

Dalam sidang media hari ini, beliau berkata ketika serbuan, tiga orang yang disyaki anggota sindiket berkenaan turut ditahan di sebuah bangunan yang dipercayai dijadikan makmal di dalam sebuah ladang kira-kira satu kilometer dari jalan utama.

“Dua lelaki ditahan adalah rakyat India dan seorang daripadanya merupakan ahli kimia manakala seorang lelaki lagi adalah warga tempatan,” katanya.


Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas 12 kilogram dadah disyaki syabu iaitu 5.2 kilogram berbentuk kristal dan 6.8 kilogram berbentuk cecair yang dianggarkan bernilai RM550,000.

Beliau berkata dadah yang dirampas dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan serta Singapura dan Indonesia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori