Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adira Ubah Fikiran Mohon...

KUALA LUMPUR - Adira dilaporkan mengubah keputusannya untuk permohonan cerai dengan suaminya, Datuk...

Iktibar Trilogi Pengeboman Bangkok-Manchester-Jakarta

Pada 15 Mei lalu, sekali lagi Bangkok dikejutkan dengan insiden pengeboman di Hospital...

Peluang Terakhir Dapatkan Ps...

KUALA LUMPUR - Pelanggan Hotlink dan peminat kumpulan pop dari Britain, One Direction,...

1MDB Bakal Ditutup Selepas...

KUALA LUMPUR - Syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) akan ditutup...

Pos Malaysia Kekal Kecemerlangan Khidmat Pos Negara

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pos Malaysia Berhad akan terus memastikan tradisi kecemerlangan perkhidmatan pos negara dan agenda transformasi sektor perkhidmatan pos dilaksanakan secara inklusif dan lestari.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata usaha itu adalah selari dengan komitmen Malaysia mencapai matlamat Sasaran Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“Kementerian menyedari kepentingan rangkaian pos yang moden kepada pembangunan ekosistem e-dagang termasuk di kawasan luar bandar.

“Sehubungan itu, pelbagai inisiatif dan transformasi dilaksanakan secara bersama antara SKMM dan Pos Malaysia,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Pos Sedunia pada Ahad ini.

Antara program transformasi yang dilaksanakan adalah Program Posmen Komuniti Luar Bandar di Sabah dan Sarawak, pemberian alamat melalui Program Alamat Untuk Semua (AFA) dan Penyediaan Agen Berdaftar Pos di Pusat Internet 1Malaysia terpilih, katanya.

Salleh turut melahirkan penghargaan kepada warga pos di seluruh negara atas keringat, dedikasi serta usaha kumpulan itu menjadi penghubung dan pemangkin kesejahteraan rakyat di bandar serta desa dari dahulu hingga kini.

Beliau berkata perkhidmatan pos di Malaysia telah mencapai tahap yang membanggakan melalui pelbagai pengiktirafan yang diterima di peringkat global.


Antaranya kejayaan Malaysia terpilih menjadi ahli Majlis Pentadbiran Kesatuan Pos Sedunia (UPU) bagi tempoh 2017-2020 bagi memastikan pelaksanaan pelbagai program di bawah Strategi Pos Istanbul dan mencapai Anugerah Emas bagi Perkhidmatan Mel Ekspres Antarabangsa (EMS).

Selain itu, Pos Malaysia turut menerima Pensijilan A bagi Pengurusan Kualiti Perkhidmatan Mel Antarabangsa yang telah diterima delegasi Malaysia di Kongres UPU Istanbul yang berakhir semalam.

UPU ditubuhkan pada 1874 untuk mewujudkan satu rangkaian pos global yang inklusif bagi penghantaran mel dan bungkusan ke seluruh dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori