Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

JBPM NS Kenal Pasti...

NILAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengenal pasti tiga...

43 Mangsa Banjir Dipindahkan...

BEAUFORT - Seramai 43 mangsa banjir daripada 14 keluarga dari Kampung Suasa di...

Komponen BN Mesti Kembali...

KUALA LUMPUR - Komponen parti Barisan Nasional (BN) mesti kembali ke prinsip asas...

MOSTI Keluar Amaran Air...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan amaran fenomena angin...

Projek Prasarana Baharu Dikenal Pasti Di Arab Saudi

RIYADH – Malaysia mengenal pasti beberapa projek pembangunan infrastruktur baharu di Arab Saudi yang boleh diusahakan secara kerjasama antara syarikat kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara projek berkenaan termasuk pembinaan lingkaran jalan raya khususnya di sekitar Makkah dan Jeddah.

“Kita juga akan melaksanakan tindakan susulan terhadap projek-projek yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh syarikat Malaysia yang mempunyai rekod baik dan cemerlang di Arab Saudi,” katanya.

Beliau bercakap kepada wartawan Malaysia sebaik tiba di sini, Rabu malam, bersempena lawatan rasminya selama lima hari ke Arab Saudi.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga berminat menjalinkan perkongsian pintar melibatkan syarikat kedua-dua negara dalam pembinaan infrastruktur lain di Arab Saudi.

“Tindakan susulan ini tentunya bukan hanya memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat Malaysia tetapi yang penting adalah bagaimana kita dapat turut berikan sumbangan atas kepakaran dan ketrampilan dalam bidang-bidang teknikal.


“Ini sepertimana dilakukan di negara kita untuk diterjemahkan pelaksanaannya di negara ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata usaha meneroka peluang baharu itu didorong dengan kejayaan Prasarana Malaysia Berhad dalam mengendalikan Makkah Metro, dan perkhidmatan cemerlang syarikat itu mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi.

Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad telah memberi khidmat terbaik dengan penyediaan tren antara Arafah dan Mina sepanjang operasinya pada musim haji. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori