Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Ini Penyelamat...

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun nyaris disepit pintu lif dalam kejadian di...

PPM Gagalkan Cubaan Seludup...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan satu cubaan menyeludup keluar 50...

Penyanyi Kacak ‘Kun Anta’...

NAMA Humood AlKhauder secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai dan kegilaan gadis Malaysia apabila...

Salleh Man Akur Akan...

BUTTERWORTH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PAS di Pulau Pinang, Datuk...

PT3 Bermula Hari Ini, Berjalan Lancar Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula hari ini dan berjalan lancar di seluruh negara.

Ujian berkenaan pagi tadi dimulai dengan subjek Bahasa Melayu dan Matematik, diikuti subjek bahasa Inggeris dan Sains, sehingga Khamis.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam catatan Twitternya menyeru rakyat Malaysia mendoakan pelajar sentiasa bertenang selain menasihat mereka tidak berasa terlalu tertekan sepanjang PT3 diadakan.

Di KUALA LUMPUR, jurucakap Jabatan Pendidikan negeri berkata sebanyak 20,518 calon menduduki peperiksaan tersebut melibatkan 105 pusat peperiksaan.

Di NEGERI SEMBILAN Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Rusni Ab Jalil berkata sebanyak 17,530 pelajar menduduki ujian bertulis tersebut yang melibatkan sebanyak 133 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Di SELANGOR, Pengarah Pendidikan Negeri Mohd Salleh Mohd Kassim berkata sebanyak 76,850 pelajar menduduki ujian tersebut melibatkan 327 pusat peperiksaan.

“Sebanyak 327 ketua pengawas telah dilantik oleh pihak sekolah bagi memastikan perjalanan PT3 lancar,” katanya.

Sementara di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata sebanyak 13,631 calon menduduki ujian di 85 pusat peperiksaan seluruh negeri.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 89 calon merupakan orang kelainan upaya dan sebanyak 12,929 calon merupakan daripada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

Di KELANTAN, Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Jaafar Ismail berkata sebanyak 31,374 calon daripada 241 sekolah menengah menduduki ujian tersebut termasuk 38 Calon Berkeperluan Khas (CBK).


“Mereka (CBK) terdiri daripada 9 calon cacat akal, 14 calon pekak, 5 calon bermasalah fizikal, 8 calon lain-lain kecacatan dan 2 calon rabun,” katanya dalam kenyataan.

Jaafar berkata jumlah calon tersebut adalah dari 168 sekolah kerajaan termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), 62 Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan tujuh sekolah swasta.

Di PERLIS, sebanyak 4,075 calon termasuk tujuh CBK menduduki PT3 di 31 pusat peperiksaan di seluruh Perlis, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Azman Ghazali.

Beliau berkata ia melibatkan sebanyak 3,793 calon 28 sekolah kerajaan, 142 calon dua sekolah swasta dan 140 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Di SARAWAK, 204 pusat peperiksaan dibuka untuk 39,657 calon yang menduduki peperiksaan PT3 itu dan ia terdiri daripada 182 pusat di sekolah kerajaan, 13 di sekolah swasta, tiga di MRSM, tiga di sekolah akhlak dan tiga lagi di pusat persendirian.

Calon-calonnya pula terdiri daripada 38,237 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, diikuti dengan 1,173 calon sekolah swasta, 220 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian Pelajaran dan selebihnya beberapa calon perseorangan serta sekolah agama dan lain-lain lagi.

Di SABAH, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata sebanyak 41,687 calon menduduki peperiksaan PT3 melibatkan 245 pusat peperiksaan dan sehingga kini peperiksaan berjalan lancar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PT3

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori