KECEKAPANÂ anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tidak dapat disangkal lagi apabila berjaya memujuk seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari tingkat 12 apartmen di Desa Aman Putri, Kepong pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, wanita warga Vietnam dilihat duduk di atas tebing luar bangunan di rumahnya.
Keadaan tersebut menyebabkan kesesakan luar biasa di kawasan berkenaan kerana orang ramai dan penduduk setempat turut serta melihat kejadian.
Wanita berusia 21 tahun itu bertindak sedemikian kerana dipercayai tertekan akibat mempunyai masalah hutang.
Seorang pegawai bomba berjaya memujuk wanita berkenaan selama 15 minit sebelum dia menghulurkan tangan sekaligus membatalkan niatnya untuk terjun.
Kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerusi laman Facebooknya turut berkongsi usaha menyelamatkan wanita itu daripada cubaan terjun bangunan.
Dalam video berkenaan, kelihatan beberapa anggota mempersiapkan tali dan usaha memujuk wanita tersebut. – MYEWSHUB.CC