Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pemilihan PAS: Tuan Ibrahim...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta calon...

Kastam Kelantan Rampas Daging...

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram...

PAS, BN ‘Adik-Beradik’ –...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan Barisan...

Chef Wan Tak Setuju...

Kisah pasangan remaja iaitu Muhd Muaz, 15, dan Amiera Nur Ezati, 17, yang...

Punca Kematian 3 Beranak Belum Diketahui – Polis

KUALA LUMPUR – Punca kematian seorang lelaki berusia 34 tahun dan dua anaknya di Nova Apartment di Segambut pada 26 Sept lepas masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata bedah siasat terhadap mayat mereka belum selesai dijalankan.

“Jabatan Kimia yang melakukan pemeriksaan toksikologi dan ini boleh mengambil masa lebih daripada lapan minggu,”katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kepolisan komuniti di pusat beli-belah Publika Solaris di sini, hari ini.

(Pemeriksaan toksikologi biasanya dilakukan ke atas orang yang disyaki meninggal dunia akibat keracunan.)

Mayat Cheah Soon Hing ditemukan isterinya di dalam bilik tidur utama pada 24 Sept tetapi dia hanya menghubungi polis mengenai perkara itu keesokannya.


Mayat anak perempuan mereka, Kai Sze, 3, dan bayi lelaki tujuh bulan, Cheah Kai Wen, dijumpai di dalam dua bilik oleh polis.

Pada 5 Okt, wanita itu Kaw Mei Yen, 35, didakwa di mahkamah dengan pertuduhan mengabaikan anak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori