Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Calon PRN, PRU Fokus...

SHAH ALAM - Kumpulan calon yang bertanding pada pilihan raya sama ada di...

Kain Rentang BN Di...

TUMPAT - Perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab merosakkan kira-kira 20 kain rentang Barisan...

MKN Nafi PKP Di...

KOTA BHARU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Pandangan Tun Musa Hitam...

Pandangan Tun Musa Hitam terhadap Kit Siang dalam wawancara Mingguan Malaysia 7 Mac...

Putera Maha Vajiralongkorn Akan Naik Takhta

BANGKOK – Pewaris takhta Thailand, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn terkenal menjalani kehidupan ranggi sepanjang hidupnya dan sering melakukan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun, kehidupannya berubah apabila kesihatan ayahandanya semakin teruk dan dia kerap muncul di khalayak ramai.

Kini, selepas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej, semua perhatian tertumpu pada putera berusia 64 tahun itu.

Vajiralongkorn mewarisi satu daripada monarki paling kaya dan dilindungi oleh undang-undang diraja paling ketat di dunia.

Bagaimanapun, putera yang sudah dua kali bercerai itu juga akan menjadi ketua perlembagaan sebuah negara yang berpecah, terperangkap dalam rampasan kuasa yang tiada penghujung, tunjuk perasaan dan beberapa siri keganasan politik.

Bhumibol amat disanjung rakyatnya sehingga ada yang menganggapnya sebagai wakil Tuhan.

Vajiralongkorn masih belum mencapai populariti sebegitu dan tidak seperti ayahandanya, kemampuannya untuk menjadi kuasa yang dapat menyatukan rakyat Thai tidak pernah diuji.

Dilahirkan pada 28 Julai 1952, Vajiralongkorn menamatkan pelajaran sekolah menengahnya di Britain sebelum menjalani latihan di Kolej Tentera Diraja Australia dan menyertai tentera Thai.


Namun, tidak banyak cerita mengenai kehidupan satu-satunya anak lelaki Bhumibol itu dilaporkan media kerana undang-undang ketat yang melindungi keluarga kerabat diraja.

Vajiralongkorn mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang pertama pada 1977 dengan sepupunya, Puteri Soamsavali Kitiyakara.

Pasangan diraja tersebut berpisah pada 1980-an sebelum putera mahkota itu berkahwin dengan Srirasmi pada 2001 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Rumah tangga keduanya juga musnah beberapa tahun lalu. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori