Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sukarelawan DAP Didakwa Curi...

PETALING JAYA - Seorang sukarelawan wanita DAP dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

Penganggur Ditahan Tampar OKU...

TAIPING - Polis menahan seorang penganggur dipercayai terlibat dalam insiden mengasari remaja yang...

BN Tekad Bawa Politik...

SHAH ALAM - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

APMM Selamatkan 3 Nelayan...

YAN - Tiga nelayan yang hanyut kira-kira lapan jam selepas bot pukat tunda...

Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Santapan Teh Diraja

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Teh Diraja meraikan pasangan dan isteri Raja,Yang Dipertuan Besar dan wakil Raja yang menghadiri Mesyuarat Raja-Raja di sini.

Antara yang hadir ialah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Tunku Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff, Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut berangkat pada majlis itu, isteri Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Toh Puan Majimor Shariff, isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir.

Sambil menikmati juadah minuman petang, jemputan kenamaan pada majlis itu dihiburkan dengan persembahan nyanyian, tarian kebudayaan dan pertunjukan fesyen.


Majlis Santapan Teh Diraja itu diadakan bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan diadakan esok bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori