Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Selat Melaka Bebas Ancaman...

PUTRAJAYA - Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari...

Rangka Dugong Bertaring Ditemui...

BANDAR PANAMA - Sepasukan penyelidik telah menemui fosil spesies dugong purba yang bertaring...

Polis Perak Siap Sedia...

IPOH - Polis Perak bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya termasuk Pilihan...

Mungkin Tiada Cukai Baharu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka tidak memperkenalkan sebarang cukai baharu semasa pembentangan Bajet...

Raja Thailand Mangkat Setelah 70 Tahun Memerintah

BANGKOK – Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej disahkan mangkat dalam usia 88 tahun, menurut agensi berita Xinhua yang memetik pengesahan daripada Biro Kerabat Diraja di sini hari ini.

Baginda dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Siriraj pukul 3.52 petang (4.52 petang waktu Malaysia) sebelum pengumuman rasmi daripada pihak istana Thailand dikeluarkan kepada media.

Punca kemangkatan namun tidak didedahkan. Pemerintah Thailand itu merupakan raja paling lama memerintah di dunia, sebenarnya telah lama gering dan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak beberapa tahun.

Lewat Rabu, Biro Kerabat Diraja mengumumkan bahawa tekanan darah baginda didapati turun sekali lagi manakala denyutan nadi bertambah laju dan kandungan asid dalam darah pula meningkat dengan lebih tinggi.

Bhumibol yang menaiki takhta sejak 1946 amat dihormati semua lapisan rakyat dan disifatkan sebagai tokoh selain mampu menyatukan rakyat Thailand susulan perpecahan teruk akibat perbezaan fahaman politik.

Raja Thailand Mangkat Setelah 70 Tahun Memerintah

Pada usia yang menginjak hampir seabad, baginda atau juga digelar sebagai Rama IX berjaya memecah rekod pemegang takhta paling lama memerintah dalam sejarah Thai, iaitu selama 70 tahun sejak pertabalan.

Bhumibol merupakan raja kesembilan dalam sejarah dinasti Chakri yang berusia 234 tahun dan menaiki takhta susulan kemangkatan kakandanya, Ananda Mahidol setelah ditembak seseorang secara misteri.

Diputerakan di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat pada 1927, baginda gemar muzik jazz dan bermain seksefon serta mahir bahasa Perancis, Greek dan Latin kerana pernah menetap di Switzerland.

Sepanjang pemerintahan baginda selama tujuh dekad, Thailand turut menyaksikan 19 kali rampasan kuasa tentera termasuk 12 yang berjaya; sejak sistem monarki mutlak dimansuhkan rasmi pada 1932 lalu.


Dalam pada itu, stesen penyiaran antarabangsa BBC melaporkan, satu mesyuarat tidak berjadual Kabinet Thailand diadakan jam 5 petang disusuli pengumuman daripada pihak istana pada pukul 6 petang.

maha
Maha Vajiralongkorn (kanan) dengan isterinya, Srirasmi (kiri) dan anakanda mereka, Dipangkorn Rasmijot. – Gambar arkib

Kemangkatan baginda bakal menyaksikan anakandanya, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn, berusia 64 tahun dan anak lelaki tunggal Bhumibol dengan Permaisuri Sirikit menaiki takhta seterusnya.

Berdasarkan undang-undang pewarisan istana, Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chan-ocha yang merampas kuasa pada 2014 turut tiada masalah untuk menerima pengganti setelah Bhumibol mangkat.

Sementara itu, rakyat Thailand dilaporkan sanggup menukar gambar profail pada laman Facebook masing-masing dengan gambar nama mereka sendiri beserta ayat ‘Sayangkan Raja’ atau ‘Daulat Tuanku’.

Mereka turut menghiasi paparan akaun media sosial sendiri dengan corak hati berwarna kuning yang berlatar belakang warna merah jambu sebagai tanda menzahirkan kasih rakyat secara terbuka.

Ini kerana, warna kuning melambangkan warna rasmi keluarga diraja dan juga warna tradisional bagi hari Isnin dalam kepercayaan Thai, yang merupakan hari lahir Bhumibol. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori